Tuesday, 20 March 2012

Sorotan Le Tour De Langkawi 2012 Bil. 6


Le Tour De Langkawi 2012
Day 6 Stage 8 – Pekan – Cukai
100.8 KM



Side Event Cycle Fest 2012 pada peringkat ke-8 perlumbaan kali ini merupakan perlumbaan paling singkat pada edisi LTDL 2012 kali ini. Para pelumba hanya perlu menempuh jarak sepanjang 100.8 KM. Perjalanan petugas pameran ISN untuk ke Side Event kali mengambil masa hampir satu jam kerana jarak penginapan kami agak jauh dari destinasi Side Event. Penginapan kami kali ini bertempat di Villa Rumbia Paka, Terengganu.

Aktiviti Side Event kali ini sedikit terganggu kerana hujan turun renyai-renyai sehingga berakhirnya perlumbaan peringkat ke-8 ini. Ada beberapa alatan elektronik yang kami tidak keluarkan kerana risau ia akan mengalami kerosakan. Hanya peralatan yang sesuai dan tahan lasak sahaja kami gunakan untuk menyesuaiakan keadaan yang lembab pada peringkat ini.

Namun begitu, penduduk warga Cukai tetap memberikan sokongan yang padu terhadapa aktiviti Side Event ini walaupun dalam keadaan basah. Seperti biasa, Booth ISN menjadi tarikan kepada mereka yang ingin menguji kekuatan minda mereka dan mengetahu kadar peratusan lemak dalam tubuh badan.

Seperti yang saya katakan tadi, peringkat ini merupakan peringkat yang singkat pada para pelumba kerana mereka melintasi garisan penamat lebih kurang pada pukul 11.30 pagi dan cuaca ketika ini masih lembab kerana hujan tidak berhenti daripada awal pagi.

Kami mula mengemas peralatan sebelum bertolak ke Kuala Terengganu untuk menginap di Hotel YT Midtown. Tidak sah jika tidak menikmati keenakan masakan restoran yang lebih dikenali dengan nama timangan ‘Restoran Bawah Jambatan’. Kami semua menikmati hidangan ikan bakar dan lain-lain masakan laut yang begitu enak serta menawarkan harga yang begitu berpatutan.

Sampai di sini sahaja hari ke-6 kami untuk aktiviti Side Event Cycle Fest 2012. Kita bertemu lagi pada keesokan hari.

Sekian

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Pagi ini, bapa membawa kami sekeluarga pergi ke Hanoi, Vietnam dengan hotels-in-vietnam.com untuk melawat abang. Setiba di sana, kami pergi ke dewan makan untuk mencarinya. Bapa menyatakan abang terpaksamenghadiri mesyuarat. 10 minit kemudian, abang berjumpa dengan kami. Kononnya, berlakunya pelatih-pelatih dirasuk hantu. Mereka menjerit-jerit. Keadaan ini menimbulkan perasaan takut dalam kalangan pelatih yang lain. Kami cuma menasihati abang supaya berjaga-jaga pada bila-bila masa sahaja. Jurulatih juga menasihati pelatih-pelatih supaya membaca kitab masing-masing untuk mengelakkan insiden tersebut berlaku lagi. Selepas itu, kami berbual-bual sambil makan makanan yang disediakan oleh ibu. Pada pukul 2.00 petang kami pun pulang ke rumah.

    ReplyDelete