Tuesday, 20 March 2012

Sorotan Le Tour De Langkawi 2012 Bil. 3




Le Tour De Langkawi 2012
Day 3 Stage 4 – Batu Pahat – Muar
169.4 KM

Kami pada hari ini akan mengadakan pameran ISN di Muar atau lebih dikenali sebagai Bandar Maharani. Kedudukan yang strategik, berdekatan dengan Sungai Muar dan dataran Muar memudahkan kesemua anggota pameran untuk menjalankan pameran dari agensi masing-masing.

Seawal jam 8 pagi kami sudah bersiap sedia dan terus bergerak dengan kenderaan ISN di mana di hotel yang kami menginap adalah berdekatan dengan kawasan pameran yang dijalankan.


Sesampainya kami di tapak, kesemua anggota saling membantu membawa-barang turun dari lori dan seterusnya menyusun peralatan yang dibawa seperti hari sebelumnya. Kehadiran kami disambut baik oleh penduduk sekitar Muar dimana mereka begitu teruja dengan kesemua peralatan yang dibawa khususnya Monark dan khidmat nasihat dari Pusat Pemakanan Sukan.
Ramai remaja mencuba Monark dan rata – rata dari mereka adalah terlibat dengan sukan riadah berbasikal yang lebih dikenali sebagai fixie.Boleh dibanggakan dengan hasil keputusan yang di peroleh selepas melakukan ujian kuasa (Monark) dimana tahap keputusan mereka boleh diterima dengan status mereka adalah bukan atlet.Amat baik jika pendedahan sains sukan diterapkan kepada mereka seawal yang boleh dalam mengembangkan lagi bakat yang mereka ada.


Begitu juga dengan pusat lain yang terlibat dengan pameran LTDL 2012 ini. Proses mencari bakat dari SPADE, bike fit dari Pusat Biomekanik, latihan bebanan dari Pusat Suaian Fizikal, analisa sukan dari Pusat Analisis Sukan dan Ujian Koordinasi Mata dan Tangan dari Pusat Psikologi Sukan memberikan penerangan kepada setiap pengunjung yang datang. Pengunjung juga diberikan goodie bag setelah mereka mencuba beberapa alatan yang dibawa khas untuk pameran kali ini.


Perlumbaan pada hari ini tamat tepat jam 2.20 petang. Dif-dif kehormat juga meninjau tapak pameran iaitu adun kawasan Datuk Razali ditemani KSU Dato’ Mohid dan tetamu kerhormat yang lain. 

Setelah semuanya selesai, kami berkemas dan bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur untuk peringkat perlumbaan seterusnya di Ampang, Selangor .

3 comments: