Monday, 19 March 2012

Sorotan Le Tour De Langkawi 2012 Bil. 2



Le Tour De Langkawi 2012
Day 2 Stage 3 – Melaka – Parit Sulong
187.6 KM

Hari kedua Pameran ISN di Side Event Cycle Fest anjuran Le Tour De Langkawi berjalan dengan lancar dan sambutan yang di berikan oleh penduduk Parit Sulong, Johor Darul Takzim di luar jangkaan. Kami seperti biasa akan sampai sehari awal di hotel yang berdekatan yang disediakan oleh pihak Le Tour De Langkawi 2012. Kali ini tempat penginapan kami semua bernama Pelican Hotel. Amat unik bunyinya. Setelah tiba di hotel dan selesai mendaftar masuk, tanpa berlengah lagi kami semua memburu makanan yang dikatakan mendapat liputan dari media. Nasi Beriani gam… Tak berapa nak ingat nama kedainya, Cuma boleh cakap, amat sedap nasi berianinya, agak rugi jika tidak cuba jika berada di Batu Pahat.

Okay, cukup sudah untuk mukadimah blog kali ini. Kembali kepada pameran ISN di Side Event Cycle Fest 2012. Seperti biasa setelah bersarapan pagi di hotel pada pukul 630 pagi, kami terus menuju ke Parit Sulong untuk mengharungi hari kedua Side Event kali ini. Tepat jam 830 pagi, booth pameran ISN seperti biasa cuma pada kali ini kami menggunakan bilangan tapak booth yang asal berbanding semalam..

Tepat jam 9 pagi, booth pameran ISN dikunjungi orang ramai yang ingin mencuba pelbagai alatan yang telah disediakan oleh kami. Namun, orang ramai lebih tertarik kepada Ujian Komposisi Tubuh dan Ujian Kekuatan Kaki. Dari 9 pagi sehingga 12 tengahari, kunjungan orang ramai ke booth pameran ISN tidak putus-putus. Memang riuh peringkat ke-3 perlumbaan hari ini. Petugas yang lain bekerja dengan bagus untuk melayani kesemua pengunjung yang singgah di booth ISN.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk Parit Sulong amat menggalakan dan kehadiran mereka sememangnya memeriahkan lagi acara Side Event Cycle Fest 2012 pada kali ini. Di awal perancangan, kami ingin membuat demonstrasi perkhidmatan yang diberikan oleh ISN kepada atlet negara. Namun demonstrasi ini di tangguhkan kerana orang ramai berpusu-pusu mencuba alatan yang disediakan oleh ISN. Rakan-rakan sekerja yang lain tidak menang tangan untuk melayani permintaan mereka. Rata-rata pengunjung memang meminati sukan berbasikal.


Booth pameran ISN dengan rasmi menutup semua aktiviti setelah pelumba LTDL 2012 berada pada jarak 1KM yang terakhir. Pada saat ini, orang ramai berpusu-pusu berdiri di tepi pagar yang telah di dirikan oleh pihak LTDL untuk menyaksikan kayuhan pelumba handalan dunia beraksi di garisan penamat.
Tepat jam 3PM, kami semua telah bergerak menuju ke Hotel Sri Pelangi Muar pula untuk persediaan peringkat perlumbaan seterusnya. Kesempatan ini juga kami sekali lagi menjamu selera Mee Bandung keluaran Muar. Memang tak dapat dinafikan, rasanya memang cukup enank sehinggakan saya sendiri makan sampai 2 pinggan dengan 1 gelas tembikai laici bersaiz “Double XL”.
Sampai sini blog harian LTDL 2012,
Kita berjumpa keesokan hari. Sayonara.

Sekian

3 comments: