Monday, 19 March 2012

Sorotan Le Tour De Langkawi 2012 Bil. 1



Le Tour De Langkawi 2012
Day 1 Stage 2 Putrajaya – Dataran Pahlawan, Melaka Bandar Bersejarah
151 KM
Sekali lagi kita bertemu setelah setahun menyepi. Pasukan pameran ISN kembali memeriahkan aktiviti Side Event Cycle Fest 2012 anjuran Le Tour De Langkawi 2012. Pada kali ini, aktiviti Side Event ini hanya bermula pada Peringkat Kedua perlumbaan iaitu di Dataran Pahlawan, Melaka. Peringkat Kedua perlumbaan ini bermula di Putrajaya dan berakhir di sini.

Pasukan pameran ISN seperti biasa akan bertolak awal ke destinasi untuk melihat keadaan sekitar dan seterusnya membuat perancangan yang sesuai untuk aktiviti pameran yang dijalankan. Kawasan pameran kali ini betul-betul berada bertentangan dengan Mahkota Parade. Kawasan yang boleh dikatakan menjadi tumpuan orang Melaka berhibur.

Setelah selesai melawat kawasan, kami semua pergi menikmati kesedapan Coconut Shake asli di Klebang. Boleh dikatakan semua petugas menikmati kelazatan Coconut Shake buatan Klebang. Setelah selesai menjamu makan malam, kami semua pulang ke Hotel Orkid yang telah disediakan oleh pihak sekretriat LTDL 2012.

Hari pertama pameran ISN di Side Event LTDL 2012 berjalan amat lancar sehingga proses memasang alatan pameran di Booth yang telah disediakan. ISN amat bertuah pada hari pertama kerana diberikan satu lagi booth kerana mereka ada tapak booth yang kosong. Maka dengan senang hati, kami melakukan kerja pemasangan booth dengan kombinasi idea, konsep dan pendapat beberapa staff ISN.
Kami sangkakan panas sehingga ke petang, namun hujan di pertengahan jalan. Peak Bike yang di bawa oleh Pusat Fisiologi Senam merajuk pula. Macam-macam ikhtiar yang telah dilakukan oleh kami untuk membaiki Peak Bike ini. Hampir 2 jam masa diluangkan untuk membaikinya, akhirnya berjaya, rupa-rupanya adapter kena tukar sebab dah longgar. Nasib badan.

Seperti biasa, booth ISN menjadi perhatian orang ramai untuk mencuba beberapa alatan yang jarang di lihat oleh para pengunjung. Masing-masing tidak melepaskan peluang bertanya soalan yang bermain di minda mereka mengenai perkhidmatan sains, perubatan dan teknologi sukan di Malaysia ini. Boleh di katakan para pengunjung mencuba ke semua alatan yang di pamerkan oleh ISN.
Sampai di sini saja aktiviti pameran ISN bertugas.
Kita jumpa di Parit Sulong pula pada Peringkat Ketiga.

Sekian, jumpa lagi

3 comments: