Monday 30 April 2012

Lawatan Guru Pelatih Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Gaya, Sabah



30hb April 2012 (Isnin): 3.00-5.00 petang


Lawatan seramai 24 orang guru Pelatih Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah ke Pusat Fisioterapi, Institut Sukan Negara Malaysia (ISN).

Lawatan siswazah UKM ke Pusat Biomekanik, ISN




23hb April 2012 (Isnin) : 10.00-11.00 pagi. 

Lawatan seramai 23 orang siswazah Program Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur ke Pusat Biomekanik, Institut Sukan Negara Malaysia (ISN).

Sunday 29 April 2012

Atlet Hoki Wanita Malaysia Cedera


Atlet hoki wanita Malaysia, Sebah Anak Kari 31 thn telah mengalami kecederaan retak rahang semasa menyertai Kejohanan Kelayakan Olimpik di Kaka-migahara, Jepun pada 25hb April 2012.

Beliau kini dirawat di Hospital Pakar Damansara dan telah menjalani pembedahan pada pukul 10.00 pagi tadi.

Semoga beliau cepat sembuh dan kembali beraksi bersama pasukan negara.

Monday 16 April 2012

Laman Web Rasmi ISN

Makluman: Laman Web ISN 'offline' seketika pada 16 April 2012 pada jam 12pm hingga 5pm untuk kerja - kerja peningkatan dan penyelengaraan.

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.


Friday 13 April 2012

taklimat Pusat Pemakanan Sukan

13 April 2012 (Jumaat) 8:30 - 10:30 pagi

Sesi taklimat Pusat Pemakanan Sukan bersama para pelajar Program Dietetik, Universiti Sultan Zainal Abidin 

(UniSZA), Terengganu yang telah disampaikan oleh Cik Azimah Ahmad (Ketua Pusat Pemakanan Sukan, ISN)





Cik Azimah Ahmad (Ketua Pusat Pemakanan Sukan) bertukar cenderahati bersama salah seorang guru pengiring program lawatan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.



Lawatan pemain bolasepak daripada Asian Football Confederation (AFC)


12 April 2012 (Khamis)

Lawatan daripada para pemain  bolasepak daripada Asian Football Confederation (AFC) ke Institut Sukan Negara.




Sesi taklimat pemain bolasepak daripada AFC bersama Pusat Suaian Fizikal yang disampaikan oleh En. Sharil Mohamad