Wednesday 4 July 2012

Lawatan Unit Fisioterapi, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan ke ISN ke ISN


04 Julai 2012 (09:45 pagi - 12:15 tengahari)

Lawatan 27 orang pembantu perubatan dan ahli-ahli fisioterapi, Unit Fisioterapi, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan ke ISN.




Hj. Othman Husain, Pembantu Perubatan, ISN menyerahkan cenderahati kepada Pn. Masturah A. Rahman, wakil daripada Unit Fisioterapi, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan semasa sesi lawatan pembantu perubatan dan ahli-ahli fisioterapi ke ISN pada 04 Julai 2012 (Rabu).




Lawatan pelajar sains sukan, SMK Ahmad, Pekan, Pahang ke ISN


29 Jun 2012 (3:00 - 5:00 petang)

Lawatan 41 orang guru dan pelajar sains sukan SMK Ahmad, Pekan, Pahang ke Pusat Biomekanik, Pusat Suaian Fizikal, Pusat Pemakanan Sukan dan Pusat Fisioterapi, ISN.


Friday 22 June 2012

Lawatan SMK Dato' Mustaffa, Sekinchan Selangor ke ISN


20 Jun 2012 (Rabu) 10:00 pagi - 12:30 tengahari



                 Lawatan seramai 44 orang guru dan pelajar sains sukan SMK Dato' Mustaffa, 
Sekinchan, Selangor ke ISN




 

          Guru dan pelajar sains sukan SMK Dato' Mustaffa, Sekinchan, Selangor mendengar 
penerangan daripada seorang pegawai di Pusat Biomekanik, ISN





Thursday 14 June 2012

Lawatan tetamu kehormat ke ISN


  14 Jun 2012 (Khamis) 3:00 - 5:00 petang



                          Lawatan tetamu kehormat, Prof. Lee Mi Sook, Director of Korean 
                                                             National Sports University, Korea ke ISN.


                          Sesi lawatan tetamu kehormat daripada Korea ke Makmal Biomekanik, ISN





                    Cik Azimah Ahmad, Ketua Pusat Pemakanan Sukan memberi penerangan 
                  kepada tetamu kehormat semasa sesi lawatan ke Pusat Pemakanan Sukan, ISN.






                       YBhg. Dato' Dr. Ramlan Abd Aziz, KPE ISN memberikan cenderahati sebagai 
                       tanda kenangan daripada ISN kepada Prof. Lee Mi Sook, Director of Korean 
                                                   National Sports University, Korea.
                  



Thursday 7 June 2012

Lawatan IPG Kampus Pendidikan Islam ke ISN

7hb Jun 2012 (Khamis) : 10:00 pagi -12:00 tengahari

Lawatan seramai 29 orang bakal guru pendidikan jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor ke Pusat Suaian Fizikal, Pusat Fisioterapi Pusat Pemakanan Sukan dan Pusat Psikologi Sukan, ISN


Pn. Faezah Mohd Jais, Ketua di Pusat Fisioterapi Sukan sedang memberi penerangan 
kepada pelawat daripada IPG Kampus Pendidikan Islam.


Cik Shareena Delaila Mohd Samin, pegawai di Pusat Pemakanan Sukan sedang memberi penerangan kepada pelawat daripada IPG Kampus Pendidikan Islam.
Salah seorang anggota, En. Mohd Afaza Nasruddin, dari Pusat Psikologi Sukan  memberi penerangan tentang penggunaan 'floatation tank' kepada para pelawat.

Friday 1 June 2012

Sesi taklimat dan praktikal pelajar Ijazah Sarjana Sains Sukan bersama Pusat Biomekanik, ISN



1hb Jun 2012 (Jumaat)- 09:00 - 11:00 pagi

Sesi taklimat dan praktikal 20 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor  dengan Pusat Biomekanik, ISN.

Salah seorang pegawai di Pusat Biomekanik sedang menunjukkan demonstrasi golf simulator 
kepada pelajar-pelajar sains sukan UiTM.



Para pelajar sains sukan dan pensyarah UiTM Shah Alam mengambil gambar kenangan bersama pegawai di Pusat Biomekanik, ISN



Tuesday 29 May 2012

KUNJUNGAN KHAS PRESIDEN CUEPACS KE ISN


                           
                                     KUNJUNGAN KHAS PRESIDEN CUEPACS KE ISN              

29HB MEI 2012 (SELASA)

Sejajar dengan tema Sambutan Hari Pekerja tahun 2012 ‘Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi’ – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan dengan kerjasama CUEPACS akan memastikan  kebajikan semua penjawat awam (pekerja dan majikan) terjaga dan terbela pada masa kini dan hadapan. Menerusi kerjasama yang erat dan persefahaman, produktiviti jabatan dapat ditingkatkan seterusnya menjadikan suasana bekerja yang lebih kondusif dan harmoni. Golongan penjawat awam seharusnya memahami dan menyedari tentang hak-hak dan kepentingan mereka di dalam kerajaan.

Menyedari hakikat tersebut, Institut Sukan Negara hari ini menerima kunjungan khas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Hj. Omar Osman yang memberi pendedahan mengenai hak dan kepentingan setiap penjawat awam, menerangkan segala permasalahan yang berlaku dalam sektor awam serta membekalkan maklumat yang perlu khususnya kepada semua penjawat awam di ISN yang rata-rata masih memegang status ‘kontrak’. Penerangan tersebut telah diadakan bersempena dengan Perhimpunan Bulanan ISN-bulan Mei 2012 di Dewan Perdana, ISN.  Turut hadir ke  Perhimpunan Bulanan ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Ramlan Abd Aziz (KPE ISN), Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Pusat serta semua pegawai dan anggota ISN.

Datuk Hj. Omar Osman menegaskan peranan dan tanggungjawab CUEPACS adalah untuk memperjuangkan kepentingan anggota sektor awam di Malaysia serta dijadikan sebagai sumber rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin mengikut dasar kepimpinan berpengalaman. Buat masa ini, CUEPACS masih menantikan pelantikan anggota Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan selepas Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dimansuhkan pada bulan Mac yang lalu. Beliau akan berikhtiar dan membawa pihak JPA berbincang kea rah penyelesaian masalah-masalah berkaitan pegawai-pegawai kontrak yang tinggi bilangannya dan perlu dibela.

Beliau amat mengambil berat dan memandang serius kepada aspek penganiayaan yang berlaku di dalam sesebuah organisasi dan siasatan akan dijalankan dengan terperinci bagi mencapai penyelesaian serta berlaku adil kepada individu yang dianiaya.

Menurut Datuk Hj. Omar Osman, setiap organisasi perlu hormat dan patuh pada arahan dan tulus dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Jika sikap ini diamalkan, nescaya semua pihak akan mendapat manfaat malah kerjasama dan sikap bersatu padu antara satu sama lain akan menghasilkan hubungan yang kukuh dan produktif demi kebaikan pekerja, majikan, organisasi serta Malaysia, negara tercinta. Justeru itu, adalah menjadi harapan ISN, dengan adanya program-program seumpama ini, maka hasrat kerajaan untuk melihat semua penjawat awam mendapat manfaat, kemudahan  dan hak-hak mereka terpelihara.

                        
                     
    YBhg. Dato’ Hj. Omar Osman (Presiden CUEPACS) sedang memberi taklimat
                         mengenai peranan CUEPACS di Dewan Perdana, ISN
  


 YBhg. Dato’. Dr. Ramlan Abd Aziz (KPE ISN) menyerahkan cenderahati kepada
YBhg. Dato’ Hj. Omar Osman (Presiden CUEPACS)