Friday 23 March 2012

Pameran Sempena Promosi Hari Belia Negara 2012


Pameran Promosi Hari Belia Negara 2012
Kampung Kemangi, Baling, Kedah Darul Aman
15 Mac 2012 

Sekali lagi pasukan pameran Institut Sukan Negara Malaysia di beri kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk turut sama mempromosikan Hari Belia Negara 2012 di Kampung Kemangi, Baling, Kedah Darul Aman. Promosi ini di lakukan oleh KBS bagi memastikan belia-belia daerah Baling turun beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei 2012 yang bertempat di Putrajaya.

Perjalanan ke Kompleks Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan, Baling mengambil masa kira-kira 6 jam perlu di tempuhi oleh kami sehari sebelum Pameran Promosi Hari Belia Negara 2012. Sampai sahaja di destinasi, kami terus melawat tapak pameran agar dapat membuat persiapan yang lebih rapi pada hari kejadian.

15hb Mac 2012, segala persiapan berjalan dengan lancar dan masalah yang di hadapi ketika sehari sebelum Pameran Promosi Hari Belia Negara Berjaya di selesaikan. Booth pameran ISN di buka kepada orang ramai tepat jam 9.00 pagi. Pameran kali ini sedikit berbeza dengan pameran-pameran sebelumnya kerana pengunjung kali ini hanya terdiri daripada kalangan penduduk Kampung Kemangi. Maka, cara pameran kali ini di adakan sedikit berbeza bagi menyesuaikan persekitaran setempat. Ia secara tidak langsung membantu para pengunjung lebih memahami perkhidmatan yang di tawarkan oleh Institut Sukan Negara kepada atlet Negara.

Pameran ISN seperti biasa sekali lagi menjadi perhatian penduduk kampung yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang sesuai dan lain-lain. Wakil Dato’ KPE, Cheah Boon Chong selaku Ketua Pusat Satelit ISN Pulau Pinang telah ditemu bual secara lintas langsung oleh pihak Radio RTM bagi menerangkan fungsi dan peranan Institut Sukan Negara. Temu bual ini secara tidak langsung mempromosikan ISN di kalangan pendengar setia Radio RTM di bahagian utara tanahair.



Aktiviti pameran berakhir tepat jam 5 petang setelah acara simbolik pelepasan berbasikal beramai-ramai disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Y.Brs Tuan Borhan bin Dollah.

Tuesday 20 March 2012

Sorotan Le Tour De Langkawi 2012 Bil. 8


Le Tour De Langkawi 2012
Day 8 Stage 10 – Tasik Kenyir – Kuala Terengganu
114.8 KM

Setiap permulaan, pasti akan ada penghujungnya. Hari ini merupakan peringkat terakhir perlumbaan Le Tour De Langkawi edisi ke-17 yang menyaksikan para pelumba sekali lagi akan melintasi garisan penamat di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu. Begitu juga bagi aktiviti Side Event Cycle Fest 2012, hari I ni merupakan hari kedua kami bertugas di Dataran Syahbandar ini. Cuaca agak baik pada hari ini dan peluang ini digunakan sepenuhnya oleh pasukan Side Event ISN untuk memeriahkan lagi booth kami.

 Sehari sebelumnya, hanya beberapa aktiviti di jalankan di booth ISN kerana hari hujan. Pada hari ini, kami membuka semua aktiviti yang berkaitan dengan Sains, Perubatan dan Teknologi Sukan kepada para pengunjung. Bike Fit yang sebelum ini rosak telah kami baiki untuk menampung permintaan orang ramai yang ingin mencubanya.

 Seperti yang sedia maklum, kami memulakan aktiviti Side Event tepat jam pukul 9 pagi dimana dapat disaksikan kelibat orang ramai yang membanjiri kawasan Dataran Syahbandar ini untuk menyokong aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk mereka. Booth ISN tetap menjadi perhatian para pengunjung yang tidak putus-putus mencuba segala aktiviti yang kami lakukan khas untuk mereka. Ada pengunjung yang sanggup datang kembali untuk mencuba sekali lagi aktiviti yang telah kami sediakan.

Bahang kemeriahan ini turut menyaksikan borang yang perlu di isi sebelum melakukan sebarang aktiviti habis walaupun sehari sebelumnya kami telah melakukan salinan hampir 300 borang untuk kegunaan aktiviti sepanjang Side Event pada peringkat terakhir ini. Begitu komitednya warga Terengganu menyokong aktiviti bersukan ini di kampung halaman mereka tidak kira cuaca hujan mahupun panas terik.

Booth ISN boleh dikatakan menarik ramai perhatian para pengunjung dengan aktiviti yang disediakan. Rata-rata seronok dan amat teruja apabila mencuba aktiviti yang kami sediakan. Bukan untuk golongan dewasa, kanak-kanak juga berkesempatan mencuba aktiviti yang disediakan oleh Pusat Pemakanan Sukan yang telah kehabisan borang Ujian Komposisi Tubuh Badan. Bukan sekadar para pengunjung mencuba, krew-krew Side Event yang lain pun dating mencuba di Booth ISN. Bagi kami, promosi yang di lakukan ketika Le Tour De Langkawi sedikit sebanyak membuatkan pengunjung mengenali dengan lebih mendalam fungsi sebenar Institut Sukan Negara.

Orang ramai mula berkurangan di kawasan Side Event apabila pengacara jemputan mengumumkan bahawa para pelumba akan tiba di garisan penamat. Di sini dapat di lihat bagaimana sokongan yang di berikan oleh warga Terengganu terhadap aktiviti sukan. Mereka tanpa rasa bosan menunggu ketibaan para pelumba di garisan penamat walaupun hampir 30 minit menunggu di bawah sinaran matahari yang terik. Keadaan panas di pesisiran pantai sedikit berbeza dengan panas di Kuala Lumpur. 

Sampai di sini sahaja coretan Blog LTDL 2012 edisi ke-17 kali ini. Insyaallah, jika ada rezeki dan jodoh kita pada tahun hadapan, penulis akan menulis coretan LTDL 2013 untuk tatapan anda semua. Semoga kita berjumpa lagi.






Sekian, terima kasih.

Sorotan Le Tour De Langkawi 2012 Bil. 7


Le Tour De Langkawi 2012
Day 7 Stage 9 – Kemasik – Kuala Terengganu
100.8 KM

Hari ini merupakan hari kedua kami berada di Terengganu untuk menjayakan Side Event Cycle Fest 2012. Di negeri yang sama cuma berbeza lokasi sahaja iaitu di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu. Hari ini persiapan untuk Side Event agak perlahan kerana hujan turun sejak awal pagi dan ia sedikit sebanyak mengganggu kelancaran perjalanan Side Event Cycle Fest 2012 peringkat ke-9 ini.

Namun, bagi memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar, pasukan Side Event ISN tetap meneruskan aktiviti pameran mengikut jadual yang telah ditetapkan. Booth pameran tetap di buka Cuma ia mengambil sedikit masa kerana kami perlu memilih barang yang boleh digunakan ketika waktu hujan. Kebanyakan peralatan pameran kami tidak kalis air, oleh itu pemilihan peralatan semasa situasi hujan perlu di lakukan dengan teliti. Alhamdullilah, kerja-kerja membuka booth pameran berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

Tanggapan kami pada mulanya orang ramai akan berkunjung ke tapak Side Event ini sedikit lewat. Tetapi kami melakukan andaian yang salah kerana orang ramai berpusu-pusu membanjiri kawasan Side Event sejak ia dibuka. Walaupun hujan turun dengan lebat, para pengunjung tidak beredar dari kawasan ini malah mereka meluangkan lebih masa untuk berkunjung di booth-booth pameran yang lain.

Seperti biasa, booth ISN menjadi tarikan utama para pengunjung yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan Sains, Perubatan dan Teknologi Sukan yang di berikan oleh Intstitut Sukan Negara. Walaupun keadaan booth agak basah, petugas pameran ISN tetap memberikan informasi yang diperlukan oleh para pengunjung sebaik mungkin.

Sokongan yang di berikan oleh warga Terengganu amat menakjubkan kerana mereka sanggup meredah hujan untuk melihat aksi pelumba kelahiran negeri mereka beraksi di Le Tour De Langkawi 2012 edisi yang ke -17. Mereka juga tidak malu bertanya kepada petugas ISN mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh ISN dan ini menunjukan warga Terengganu memang meminati aktiviti yang berkaitan dengan sukan.



Peringkat ke-9 ini menyaksikan konsert yang berlangsung pada pukul 9 malam dan ini membuatkan pihak penganjur Side Event Cycle Fest 2012 memohon petugas Side Event pulang sedikit lewat bagi memeriahkan aktiviti di sekitar Dataran Syahbandar. Kami mula mengemas booth masing-masing pada pukul 5.30 petang untuk pulang ke hotel.

Kita jumpa lagi esok di tempat dan waktu yang sama kerana Perlumbaan Peringkat Terakhir Le Tour De Langkawi akan melabuhkan tirainya di Dataran Syahbandar, Terengganu.

Jumpa lagi.
Sekian

Sorotan Le Tour De Langkawi 2012 Bil. 6


Le Tour De Langkawi 2012
Day 6 Stage 8 – Pekan – Cukai
100.8 KM



Side Event Cycle Fest 2012 pada peringkat ke-8 perlumbaan kali ini merupakan perlumbaan paling singkat pada edisi LTDL 2012 kali ini. Para pelumba hanya perlu menempuh jarak sepanjang 100.8 KM. Perjalanan petugas pameran ISN untuk ke Side Event kali mengambil masa hampir satu jam kerana jarak penginapan kami agak jauh dari destinasi Side Event. Penginapan kami kali ini bertempat di Villa Rumbia Paka, Terengganu.

Aktiviti Side Event kali ini sedikit terganggu kerana hujan turun renyai-renyai sehingga berakhirnya perlumbaan peringkat ke-8 ini. Ada beberapa alatan elektronik yang kami tidak keluarkan kerana risau ia akan mengalami kerosakan. Hanya peralatan yang sesuai dan tahan lasak sahaja kami gunakan untuk menyesuaiakan keadaan yang lembab pada peringkat ini.

Namun begitu, penduduk warga Cukai tetap memberikan sokongan yang padu terhadapa aktiviti Side Event ini walaupun dalam keadaan basah. Seperti biasa, Booth ISN menjadi tarikan kepada mereka yang ingin menguji kekuatan minda mereka dan mengetahu kadar peratusan lemak dalam tubuh badan.

Seperti yang saya katakan tadi, peringkat ini merupakan peringkat yang singkat pada para pelumba kerana mereka melintasi garisan penamat lebih kurang pada pukul 11.30 pagi dan cuaca ketika ini masih lembab kerana hujan tidak berhenti daripada awal pagi.

Kami mula mengemas peralatan sebelum bertolak ke Kuala Terengganu untuk menginap di Hotel YT Midtown. Tidak sah jika tidak menikmati keenakan masakan restoran yang lebih dikenali dengan nama timangan ‘Restoran Bawah Jambatan’. Kami semua menikmati hidangan ikan bakar dan lain-lain masakan laut yang begitu enak serta menawarkan harga yang begitu berpatutan.

Sampai di sini sahaja hari ke-6 kami untuk aktiviti Side Event Cycle Fest 2012. Kita bertemu lagi pada keesokan hari.

Sekian

Sorotan Le Tour De Langkawi 2012 Bil. 5


Le Tour De Langkawi 2012
Day 5 Stage 7 – Bentong – Kuantan
205.8 KM


Jangan terkejut kenapa coretan hari ini mengatakan kami memulakan Side Event Cycle Fest 2012 pada peringkat ke-7. Untuk pengetahuan anda semua, Peringkat ke-6 perlumbaan yang bermula dari Proton, Shah Alam hingga ke Genting Highland tidak mempunyai aktiviti Side Event di sebabkan keadaan geografi Genting Highland membataskan aktiviti kami di sana. Oleh itu, kami terus menuju ke destinasi yang seterusnya bertempat di D’ Embassy Serviced Residence Suites, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Boleh di katakana perlumbaan peringkat ke-6 ini merupakan hari neutral untuk seluruh petugas Side Event Cycle Fest 2012.

Kembali semula ke Peringkat ke-7 perlumbaan, Side Event Cycle Fest kali ini di adakan di Bandar Kuantan. Jarak perlumbaan kali ini merupakan jarak yang paling jauh untuk edisi 2012 kali ini. Maka, Side Event ISN kali ini akan di buka lebih lama untuk warga Kuantan yang berkunjung di sini.


Seperti biasa, Booth ISN menjadi tarikan orang ramai yang ingin mencuba beberapa peralatan yang telah di sediakan oleh kami. Perkhidmatan rundingan dari Pusat Pemakanan Sukan, perkhidmatan Peak Bike yang di lakukan oleh Pusat Fisiologi Senamdan alatan senaman yang di bawa khas oleh Pusat Suaian Fizikal seperti biasa menjadi tarikan utama pengunjung ke Booth ISN.


Lebih kurang pukul 3.00 petang, para pelumba mula menghampiri garisan penamat dan situasi ini menyebabkan orang ramai mengalih tumpuan di pentas utama untuk menyaksikan saingan sengit perlumbaan berprestij ini. Mungkin ia dikatakan rahmat, sebaik para pelumba berada pada lingkungan 2 KM terakhir, hujan renyai mula turun namun ia tidak mematahkan semangat orang ramai untuk melihat aksi pelumba handalan dunia beraksi.

Macam biasa, kami mula mengemas booth untuk bertolak ke destinasi yang seterusnya iaitu ke Chukai, Terengganu. Perjalanan ke destinasi ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Petugas ISN sudah menjadi seperti Bangsa Nomad yang berpindah-randah, namun ia bukan satu kesulitan kerana kami bekerja untuk mempromosikan Institut Sukan Negara ke pada rakyat Malaysia mengenai Perkhidmatan Sains, Perubatan dan Teknologi Sukan.



Sampai di sini sahaja, semoga kita berjumpa lagi keesokan hari.

Sekian