Friday, 23 March 2012

Pameran Sempena Promosi Hari Belia Negara 2012


Pameran Promosi Hari Belia Negara 2012
Kampung Kemangi, Baling, Kedah Darul Aman
15 Mac 2012 

Sekali lagi pasukan pameran Institut Sukan Negara Malaysia di beri kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk turut sama mempromosikan Hari Belia Negara 2012 di Kampung Kemangi, Baling, Kedah Darul Aman. Promosi ini di lakukan oleh KBS bagi memastikan belia-belia daerah Baling turun beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei 2012 yang bertempat di Putrajaya.

Perjalanan ke Kompleks Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan, Baling mengambil masa kira-kira 6 jam perlu di tempuhi oleh kami sehari sebelum Pameran Promosi Hari Belia Negara 2012. Sampai sahaja di destinasi, kami terus melawat tapak pameran agar dapat membuat persiapan yang lebih rapi pada hari kejadian.

15hb Mac 2012, segala persiapan berjalan dengan lancar dan masalah yang di hadapi ketika sehari sebelum Pameran Promosi Hari Belia Negara Berjaya di selesaikan. Booth pameran ISN di buka kepada orang ramai tepat jam 9.00 pagi. Pameran kali ini sedikit berbeza dengan pameran-pameran sebelumnya kerana pengunjung kali ini hanya terdiri daripada kalangan penduduk Kampung Kemangi. Maka, cara pameran kali ini di adakan sedikit berbeza bagi menyesuaikan persekitaran setempat. Ia secara tidak langsung membantu para pengunjung lebih memahami perkhidmatan yang di tawarkan oleh Institut Sukan Negara kepada atlet Negara.

Pameran ISN seperti biasa sekali lagi menjadi perhatian penduduk kampung yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang sesuai dan lain-lain. Wakil Dato’ KPE, Cheah Boon Chong selaku Ketua Pusat Satelit ISN Pulau Pinang telah ditemu bual secara lintas langsung oleh pihak Radio RTM bagi menerangkan fungsi dan peranan Institut Sukan Negara. Temu bual ini secara tidak langsung mempromosikan ISN di kalangan pendengar setia Radio RTM di bahagian utara tanahair.



Aktiviti pameran berakhir tepat jam 5 petang setelah acara simbolik pelepasan berbasikal beramai-ramai disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Y.Brs Tuan Borhan bin Dollah.

8 comments: