Pameran Promosi Hari Belia Negara 2012
Kampung Kemangi, Baling, Kedah Darul Aman
15 Mac 2012
Sekali
lagi pasukan pameran Institut Sukan Negara Malaysia di beri kepercayaan oleh
Kementerian Belia dan Sukan untuk turut sama mempromosikan Hari Belia Negara
2012 di Kampung Kemangi, Baling, Kedah Darul Aman. Promosi ini di lakukan oleh
KBS bagi memastikan belia-belia daerah Baling turun beramai-ramai untuk
memeriahkan lagi Sambutan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung pada 23
hingga 27 Mei 2012 yang bertempat di Putrajaya.
Perjalanan
ke Kompleks Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan, Baling mengambil masa
kira-kira 6 jam perlu di tempuhi oleh kami sehari sebelum Pameran Promosi Hari
Belia Negara 2012. Sampai sahaja di destinasi, kami terus melawat tapak pameran
agar dapat membuat persiapan yang lebih rapi pada hari kejadian.
15hb
Mac 2012, segala persiapan berjalan dengan lancar dan masalah yang di hadapi
ketika sehari sebelum Pameran Promosi Hari Belia Negara Berjaya di selesaikan.
Booth pameran ISN di buka kepada orang ramai tepat jam 9.00 pagi. Pameran kali
ini sedikit berbeza dengan pameran-pameran sebelumnya kerana pengunjung kali
ini hanya terdiri daripada kalangan penduduk Kampung Kemangi. Maka, cara
pameran kali ini di adakan sedikit berbeza bagi menyesuaikan persekitaran
setempat. Ia secara tidak langsung membantu para pengunjung lebih memahami
perkhidmatan yang di tawarkan oleh Institut Sukan Negara kepada atlet Negara.
Pameran
ISN seperti biasa sekali lagi menjadi perhatian penduduk kampung yang ingin
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang sesuai dan
lain-lain. Wakil Dato’ KPE, Cheah Boon Chong selaku Ketua Pusat Satelit ISN
Pulau Pinang telah ditemu bual secara lintas langsung oleh pihak Radio RTM bagi
menerangkan fungsi dan peranan Institut Sukan Negara. Temu bual ini secara
tidak langsung mempromosikan ISN di kalangan pendengar setia Radio RTM di
bahagian utara tanahair.
Aktiviti
pameran berakhir tepat jam 5 petang setelah acara simbolik pelepasan berbasikal
beramai-ramai disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara,
Y.Brs Tuan Borhan bin Dollah.