Tuesday, 29 May 2012

KUNJUNGAN KHAS PRESIDEN CUEPACS KE ISN


                           
                                     KUNJUNGAN KHAS PRESIDEN CUEPACS KE ISN              

29HB MEI 2012 (SELASA)

Sejajar dengan tema Sambutan Hari Pekerja tahun 2012 ‘Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi’ – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan dengan kerjasama CUEPACS akan memastikan  kebajikan semua penjawat awam (pekerja dan majikan) terjaga dan terbela pada masa kini dan hadapan. Menerusi kerjasama yang erat dan persefahaman, produktiviti jabatan dapat ditingkatkan seterusnya menjadikan suasana bekerja yang lebih kondusif dan harmoni. Golongan penjawat awam seharusnya memahami dan menyedari tentang hak-hak dan kepentingan mereka di dalam kerajaan.

Menyedari hakikat tersebut, Institut Sukan Negara hari ini menerima kunjungan khas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Hj. Omar Osman yang memberi pendedahan mengenai hak dan kepentingan setiap penjawat awam, menerangkan segala permasalahan yang berlaku dalam sektor awam serta membekalkan maklumat yang perlu khususnya kepada semua penjawat awam di ISN yang rata-rata masih memegang status ‘kontrak’. Penerangan tersebut telah diadakan bersempena dengan Perhimpunan Bulanan ISN-bulan Mei 2012 di Dewan Perdana, ISN.  Turut hadir ke  Perhimpunan Bulanan ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Ramlan Abd Aziz (KPE ISN), Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Pusat serta semua pegawai dan anggota ISN.

Datuk Hj. Omar Osman menegaskan peranan dan tanggungjawab CUEPACS adalah untuk memperjuangkan kepentingan anggota sektor awam di Malaysia serta dijadikan sebagai sumber rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin mengikut dasar kepimpinan berpengalaman. Buat masa ini, CUEPACS masih menantikan pelantikan anggota Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan selepas Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dimansuhkan pada bulan Mac yang lalu. Beliau akan berikhtiar dan membawa pihak JPA berbincang kea rah penyelesaian masalah-masalah berkaitan pegawai-pegawai kontrak yang tinggi bilangannya dan perlu dibela.

Beliau amat mengambil berat dan memandang serius kepada aspek penganiayaan yang berlaku di dalam sesebuah organisasi dan siasatan akan dijalankan dengan terperinci bagi mencapai penyelesaian serta berlaku adil kepada individu yang dianiaya.

Menurut Datuk Hj. Omar Osman, setiap organisasi perlu hormat dan patuh pada arahan dan tulus dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Jika sikap ini diamalkan, nescaya semua pihak akan mendapat manfaat malah kerjasama dan sikap bersatu padu antara satu sama lain akan menghasilkan hubungan yang kukuh dan produktif demi kebaikan pekerja, majikan, organisasi serta Malaysia, negara tercinta. Justeru itu, adalah menjadi harapan ISN, dengan adanya program-program seumpama ini, maka hasrat kerajaan untuk melihat semua penjawat awam mendapat manfaat, kemudahan  dan hak-hak mereka terpelihara.

                        
                     
    YBhg. Dato’ Hj. Omar Osman (Presiden CUEPACS) sedang memberi taklimat
                         mengenai peranan CUEPACS di Dewan Perdana, ISN
  


 YBhg. Dato’. Dr. Ramlan Abd Aziz (KPE ISN) menyerahkan cenderahati kepada
YBhg. Dato’ Hj. Omar Osman (Presiden CUEPACS)
          

                   
           

Wednesday, 23 May 2012

Press conference with Datuk Lee Chong Wei, YB Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek and YBhg. Dato' Dr. Ramlan Abd. Aziz at KLIA.



23rd May 2012 (Wednesday)


Press conference with Datuk Lee Chong Wei, YB Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek and YBhg. Dato' 
 Dr. Ramlan Abd. Aziz at KLIA.




CEO ISN Dato' Dr Ramlan Abd Aziz comments on Datuk Lee Chong Wei's injury at Thomas Cup, Wuhan (China)

23rd May 2012 (Wednesday)


YBhg. Dato' Dr. Ramlan Abd Aziz (CEO ISN) explaining to the media regarding Datuk Lee Chong Wei's injury that he suffered during his match with Peter Hoeg Gade (Denmark) at the Thomas Cup Final in Wuhan, China on Tuesday. Dato' Ramlan said that he and ISN will team up with a group of sports medicine specialists in the country to discuss and implement the best treatment for Datuk Lee Chong Wei.



Tuesday, 22 May 2012

Sesi kunjungan dan perbincangan wakil -wakil Majlis Sukan Wilayah Persekutuan bersama ISN

22hb Mei 2012 (Selasa)

ISN telah menerima kunjungan daripada wakil-wakil daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada En. Mohd Hamidi Abu Bakar (Pengarah MSWP), En. Jambak Jamal (Tim.Pengarah MSWP), Tuan Hj. Ahmad b. Hashim (Pegawai Perhubungan, MSWP) dan En. K.G. Albuquerque @ Kenneth (Pegawai Belia & Sukan)yang turut mengadakan perbincangan bersama YBhg. Dato' Dr. KPE berhubung perhidmatan yang ditawarkan kepada atlet-atlet di peringkat Wilayah Persekutuan.




                            

Thursday, 17 May 2012

Lawatan SMK Jengka Pusat ke ISN


17hb Mei 2012 (Khamis)

10:00pagi-12:.45 tengahari

Lawatan seramai 36 orang pelajar sains sukan, tingkatan 6 rendah, 
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Jengka, Pahang ke  Pusat Fisioterapi, Pusat Suaian Fizikal, Pusat Biomekanik dan Pusat Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara Malaysia (ISN).


Taklimat disampaikan oleh Pn. Zanariah Deris (Penolong Pegawai Belia & Sukan)
semasa lawatan di Pusat Fisioterapi, ISN



Pegawai Belia dan Sukan, Pusat Suaian Fizikal Cik Kang Foong Ling
memberi penerangan kepada  para pelawat



Pegawai Belia dan Sukan, Pusat Biomekanik, Cik Azrena Zaireen Ahmad Zahudi
memberi penerangan  semasa sesi lawatan ke makmal biomekanik.



Taklimat disampaikan oleh Cik Shareena Delaila Mohd Samin (Pegawai Belia & Sukan)
semasa lawatan di Pusat Pemakanan Sukan, ISN

Tuesday, 15 May 2012

Hari Belia Negara 2012


15 Mei 2012 (Selasa) - Hari Belia Negara 2012
Majlis pelancaran Hari Belia Negara 2012 telah berlangsung di Pusat membeli - belah Sunway Pyramid pada jam 4.00 petang tadi. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin dengan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia,YB Dato' Seri Ahmad Shabery bin Cheek dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), YBhg. Dato' Dr. Ramlan Abd Aziz.









Majlis pelancaran ini bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai khususnya golongan belia tentang sambutan Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama 5 hari (23-27 Mei 2012) di Putrajaya dengan sasaran kehadiran belia adalah seramai 2 juta orang. Himpunan ini adalah antara himpunan yang terbesar di dunia dimana terdapat lebih 500 acara yang akan diadakan bagi mengasah bakat dan memberi peluang kepada para belia di dalam apa sahaja bidang yang mereka minati dan memenuhi kehendak belia masa kini.

Oleh itu diharap kepada para belia di Malaysia dapat memberikan sokongan yang padu untuk sambutan Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia 2012 dengan bersama-sama para belia yang lain untuk menyertai program-program menarik yang telah disediakan. Hari Belia Negara disambut bagi mendalami kehendak dan menghargai sumbangan golongan belia di Malaysia yang menjadi tunjang kemajuan di masa hadapan.

Monday, 7 May 2012

Lawatan IPG Kampus Bahasa Melayu ke ISN - 8hb Mei 2012 (Selasa)



8hb Mei  2012 (Selasa) : 09.00-11.30 pagi. 



Lawatan seramai 25 orang bakal guru pendidikan jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur ke Pusat Suaian Fizikal, Pusat Fisioterapi dan Pusat Pemakanan Sukan, (ISN).









Tuesday, 1 May 2012

Komen Dato' Dr. KPE terhadap kekalahan Datuk Lee Chong Wei di Terbuka India

Artikel Harian Metro - 1hb Mei 2012

Ramlan tidak bimbang

KEKALAHAN Datuk Lee Chong Wei di Terbuka India, kelmarin tidak membimbangkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz kerana beranggapan pemain nombor satu dunia itu belum cukup cergas untuk menghadapi perlawanan sengit.

Beliau yang menonton perlawanan akhir yang membabitkan Chong Wei dengan pemain Korea, Shon Wan Ho mengesahkan harapan pingat emas Olimpik negara itu kini bebas daripada masalah kecederaan bahu yang dialami di Seluruh England.

“Dia (Chong Wei) sudah bebas daripada kecederaan cuma belum cukup bersedia dari segi kecergasan perlawanan (match fitness),” kata Ramlan.

Katanya, Chong Wei sudah cukup kuat dari segi fizikal biarpun pemain itu baru kembali menyertai perlawanan kompetitif selepas berehat lebih sebulan.

“Ini kejohanan pertamanya selepas mengalami kecederaan, apa yang dicapai setakat ini adalah kemajuan. Kita perlu nilai dia dari segi intensiti sesuatu perlawanan dan berapa perlawanan dihadapinya.

“Apa yang saya lihat kemajuan dicapainya lebih baik berbanding di England, Mac lalu kerana kali ini dia lebih berkeyakinan dan berkemampuan untuk melakukan lebih daripada dua smash berturut-turut,” kata Ramlan.

Menurutnya, kekalahan itu tidak membimbangkan ISN kerana mereka mensasarkan Chong Wei akan mencapai kemuncak prestasi di Olimpik London, Julai hingga Ogos ini.

Dalam pada itu, jurulatih fizikal, Mohd Rosdi Abd Ghani berkata fizikal pemain kelahiran Pulau Pinang itu masih boleh diperkemaskan ketika latihan fizikal Chong Wei memasuki fasa akhir menjelang Olimpik.

“Sekarang kita memasuki fasa akhir latihan fizikal, jadi dari segi 'volume', bebanan akan ditingkatkan, begitu juga dengan intensiti latihan di gelanggang,” kata Rosdi.

Jurulatih fizikal dari ISN itu turut mengiringi Chong Wei ke India selepas pemain itu meminta pakar kecergasan itu mengikutnya ke setiap kejohanan dan Rosdi mendapati minda Chong Wei kini lebih terbuka.

“Dia memberi maklum balas dengan baik, apa yang dirasakan kurang dalam dirinya dari segi fizikal sehingga mempengaruhi permainan, dia akan beritahu dan kami saling berbincang.

“Malah saya juga menasihatkannya supaya tidak mengambil pusing dengan kekalahan ini kerana bagi saya, lebih baik dia tewas sekaranguntuk menyedarkannya yang dia juga sebenarnya tidak boleh hanya memberi fokus kepada Lin Dan dan memandang mudah lawan lain,” katanya.

KPE melawat atlet hoki wanita di Hospital Pakar Damansara


1hb Mei 2012 (Selasa)





YBhg. Dato' Dr. Ramlan Abd Aziz (KPE ISN), meluangkan masa menjenguk atlet hoki wanita negara, Sebah Anak Kari yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara akibat kecederaan retak di bahagian rahang semasa Kejohanan Kelayakan Olimpik di Kakamigahara, Jepun pada 25hb April 2012.